Monday, July 12, 2010

Kempen vaksinasi kanser serviks


KANSER pangkal rahim dan serviks ialah pembunuh kedua paling berbahaya di kalangan wanita Malaysia. Setiap tahun statistik mengenai kedua-dua kanser ini juga menunjukkan satu peningkatan yang membimbangkan.

Terkini Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Saunthari Somasundram mendedahkan kira-kira dua pesakit kanser serviks meninggal dunia setiap hari.

"Dianggarkan terdapat 1,500 pesakit kanser pangkal rahim di Malaysia pada satu-satu masa atau empat hingga lima wanita (sehari) termasuk yang baru disahkan atau sedang menjalani rawatan.

"Paling menyedihkan, sebanyak 50 peratus pesakit kanser itu langsung tidak mempunyai peluang meneruskan kehidupan," katanya.

Meskipun kedengaran klise namun tegas Dr. Saunthari, pencegahan selalunya lebih baik berbanding rawatan apatah lagi dengan adanya suntikan pelalian bagi mencegah penularan kanser serviks.

Vaksin ini boleh diambil seawal usia 14 tahun. Ia merupakan perlindungan terbaik terhadap kanser serviks bagi menghalang wujudnya virus yang mengakibatkan kanser untuk jangka masa panjang.

Sebanyak tiga dos suntikan perlu diambil. Dos kedua akan diberi selepas sebulan atau dua bulan dos pertama diberikan manakala dos ketiga akan diberikan selepas enam bulan tarikh dos pertama.

Vaksin ini akan hanya perlu diambil sekali dalam seumur hidup. Keberkesanannya dalam mencegah penularan kanser serviks jenis 16 dan 18 adalah sehingga 98 peratus.

"Justeru itu, bagi mencegah, dinasihatkan supaya menghindarkan faktor yang boleh menyumbang kepada kemunculan kanser seperti aktif secara seksual pada usia muda, merokok, penggunaan pencegah kehamilan oral terlalu lama dan jangkitan penyakit seperti herpes dan chlamydia," ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian selepas penutupan kempen Power Over Cervical Cancer (POCC) anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bersama sokongan GlaxoSmithKline Pharmaceutical (GSK), kempen yang dilancarkan 16 Julai 2009 itu bertujuan membangkitkan kesedaran umum mengenai peningkatan kanser pangkal rahim dan menggalakkan wanita melindungi diri menerusi vaksinasi dan pemeriksaan pap smear.

Malah sasaran 10,000 borang kaji selidik risiko kanser pangkal rahim berjaya dijangkaui dengan sebanyak 14,526 borang siap dilengkapkan oleh orang ramai sepanjang kempen tersebut.

Sementara itu, Pengarah Unit Vaksin GlaxoSmithKline (GSK), Choong Kit Son berkata, sejak Julai lalu juga, tujuh duta POCC iaitu Pamela dan Vanessa Chong, Siow Hui Mei, Rina Omar, Jay Menon, Genevieve Sambhi dan Sarimah Ibrahim memainkan peranan menyokong kempen tersebut di beberapa lokasi terpilih.

Tahun ini juga GSK meneruskan sumbangan RM1 bagi setiap borang ujian risiko (Risk Test) yang diedarkan.

Atas kejayaan kempen itu tahun lalu, POCC kali ini turut diperluas ke seluruh negara terutama di pusat membeli-belah utama.

dipetik dari PORTAL HEALTH-utusan malaysia



Wednesday, July 7, 2010

Kanser servik(Cervical Cancer)







apakah itu kanser servik?

Selamat Datang ke Klinik Hayati..:)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya membuka blog klinik sendiri.

InsyaAllah,semoga kita semua dapat manfaat dari blog ini...amin